Td tengah terjah artikel mengenai baby, terpandang lak ejaan Tantrum. Sekali sebut mcm TAK TENTERAM.. Sekali bace, rupanye...masalah yg sering berlaku pada bayi dan kanak2.. Tak la serius mana pun. Tp penting utk ibubapa memahami dan menangani nya. Oleh itu, Saya nk berkongsi sikit mengenai TANTRUM.
____________________________________________________________
Pernah nampak kan budak2 menjerit, menendang, menggigit atau berguling di lantai?Haa itulah contoh tantrum.. Jom kita baca sama..
Apa itu tantrum?
Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak dan ia boleh berlaku seawal usia sembila n bulan hingga setahun. Anak kecil ini tidak tahu bagaimana untuk memberita hu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan ini.
Masalah ini dapat dita ngani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hila ng dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari. Jika mampu, mereka mahu memakai baju sendiri, makan sendiri dan menjadi kecewa bila tidak berupaya melakukannya.
Pencetus tantrum
Tidak selesa fizikal contohnya lapar, penat atau sakit- Samalah keadaannya seperti orang dewasa yang sukar mengekalkan ‘mood’ yang baik dalam situasi sama dialami kanak-kanak.
Emosi tidak terkawal, takut, teruja dan bosan. Suasana persekita ran yang mengganggu perasaannya juga boleh mencetus tantrum. Contohnya kunjungan temu janji dengan doktor, aktiviti membeli-belah yang lama dan berlanjutan.
Malahan waktu bermain yang lama dengan kawan sebaya juga boleh mengundang tantrum. Jadi, cuba kenal pasti punca tantrum sebelum anda ambil langkah menanganinya. Ia samalah ibarat seorang doktor yang mengenal pasti penyakit terlebih dahulu sebelum memberi ubat untuk rawatan.
Ingin mendapatkan perhatian - Tindakan yang dianggap ‘melampau’ oleh kita sebagai ibu bapa sebenarnya isyarat yang ingin anak anda berikan supaya anda beri lebih perhatian kepadanya.Kesibukan anda terhadap kerja menyebabkan anda sendiri tidak faham karakter anak anda sendiri! Jika, kita tidak faham apa yang ingin disampaikan dalam nada suara yang kecil. Jadi anak-anak mungkin terpaksa menggunakan teriakan dan jerita n sebagai cara berkesan demi menarik perhatian ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak dan sentuhan dan suara yang lembut sudah memadai untuk anak anda mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian anda
____________________________________________________________
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
- pegang dia seperti dalam gambar ini.
- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
- tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,
Sumber : fb Ibu Rose
____________________________________________________________
Dikutip dari Children Hospital of Philadelphia, berikut ini adalah petunjuk yang paling tepat dan bermanfaat tentang cara mengatasi temper tantrum:
- Tetap tenang.
- Terus lakukan kegiatan anda. Abaikan anak sampai dia lebih tenang dan tunjukkan aturan yang sudah disepakati bersama.
- Jangan memukul anak anda. Lebih baik mendekapnya dalam pelukan sampai ia tenang.
- Cubalah untuk mencari sebab-sebab kemarahan anak anda.
- Jangan menyerah pada kemarahan anak. Ketika orang tua menyerah, anak-anak belajar untuk menggunakan perilaku yang sama ketika mereka menginginkan sesuatu.
- Jangan memujuk anak anda dengan ganjaran yang lain untuk menghentikan kemarahannya. Anak akan belajar untuk mendapatkan ganjaran.
- Arahkan perhatian anak pada sesuatu yang lain.
- Singkirkan benda-benda yang berpotensi berbahaya dari anak anda.
- Berikan pujian dan penghargaan perilaku bila tantrum telah selesai.
- Tetap jaga komunikasi terbuka dengan anak anda.
____________________________________________________________
Itu serba sedikit info yang dpt aku kongsi utk ibubapa termasuk aku dan suami mengenai TANTRUM. Mmg adekalanya, bila budak mcm ni, ibubapa akan hilang sabar. Termasuk aku.
Buat masa ni, anak aku undercontrol. ALhamdulillah. Moge anak aku jd anak yg soleha dan baik2 saja..
SEKIAN.