Wednesday, August 28, 2013

Mangga Haram?

Assalamualaikum.

Mangga haram? Biar betul.. Memeng patut pun haram. Sepatutnye dr dulu patut haram dan tak yah dikeluarkan.. rilek2, bukan buah mangga, tu ha, majalah hiburan mangga.. 


Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playboy kini difatwakan haram. 

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat. 

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa: 

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.” 






sumber dari : http://onenewshub.blogspot.com.au/2013/08/majalah-mangga-difatwakan-haram.html


SETUJU 100%. Asyik tayang gambar separuh bogel, cerita ntah ape2.. fesyen pakaian yg melampau2. Mane aku tau? aku pon penah bace, dulu2 la, kat umah mak sedara aku.. 

Elok semua majalah hiburan pasal artis atau seumpamanya tak yah wujud kat Malaysia ni. Bukan setakat majalah, yg kat tv pon same.. 

Baru la MALAYSIA AMAN.


SEKIAN.