Assalamualaikum.
Salam jumaat..
Hr ni akk nk bangga ckit sbb pestime akk buat kueytiow goreng (btul ke ejaan nye). akk gagahkn bangun pepagi buta mcm org nk bersahur.
Mengikut keturunan akk, dr nenek, mak dan akk, kire akk org yg pertama buat kueytiow goreng ni.. bole masuk family book of record tak? hua hua hua hua.
Sejak kebelakangn ni agak tekann jugk la. dgn mulut pecah(ULSER), anak kacau kat dapur, asyik nk begayut je. Takpe la..da jd mak2 kn, mmg mcm tu.
Aku tak rajin pon masak2 ni ditmbh pulak tak berapa pndai nk masak dan takde masa nk masak. Tp aku sentiasa pntgkn sarapn pg. SENANG.. Rase jugk kn sang suami akan air tangan sang isteri. Tp klu goreng naget mcmmane ek? agak2 tu pon kire air tgn isteri tak?
nota: akk tgh berusaha utk rajin masak.. chayok chayok chayok ummi eiman!!!
sumber : - Pesanan mak, "kalau tak sempat nak sediakan sarapan untuk suami cukuplah sekadar bancuhkan air untuk suami. Bila perut suami kosong seawal pagi, biarlah diisi dengan air tangan isteri jangan diisi air tangan makcik-makcik indon kat cafe".
Kisah keluarga tidak bahagia, kes-kes perceraian, isteri tidak hormatkan suami, anak derhaka makin ketara sejak akhir-akhir ini di dada-dada akhbar. Baru-baru ini di Radio IKIM,pada topik pagi ada dibincangkan mengenai isteri Mithali. Saya tidak sempat mendengar slot ini sebab dah masuk pejabat jam 8.00 pagi, tapi suami saya mendengar topik yang amat menarik ini. Satu perkara yang ditekankan oleh ustazah undangan pada hari itu adalah mengenai isu air tangan isteri atau air tangan ibu. Menurut ustazah, pada zaman moden ini sesetengah wanita tidak lagi memandang berat betapa pentingnya memasak kepada suami dan anak-anak. Disebabkan ramai wanita bekerja mereka, merasa malas untuk memasak apabila pulang daripada kerja. Lalu langkah yang paling mudah adalah dengan membeli makanan di kedai-kedai makanan yang tumbuh bagai cendawan. Mungkin perkara ini dilihat tidak ada apa. Yang penting anak-anak dan suami tidak kelaparan dan duit juga ada untuk membeli makanan tersebut. Namun, natijahnya amatlah berat.
Motivasi untuk para wanita supaya memasak sendiri di rumah
1. Apabila seorang ibu memasak dengan perasan kasih sayang disertakan lagi dengan bacaan Bismillahirrahmanirahim dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w maka keberkatan dalam makanan tersebut akan menyerap dalam darah daging si anak dan si suami. Daging yang tumbuh dan darah yang mengalir hasil dari air tangan ibu ini akan melahirkan rasa kasih sayang anak dan suami terhadap si ibu/isteri tanpa dipaksa-paksa. Anak-anak juga akan lebih mudah dididik dan diasuh. Memang benar kata orang-orang tua “Air tangan isteri, boleh mengikat suami” bahkan bukan sahaja suami malah anak-anak juga mudah dididik menjadi anak-anak yang patuh.
2. Untuk memasak untuk keluarga, anda tidak perlu fikirkan untuk memasak yang hebat-hebat seperti tukang masak, masakan yang ringkas juga Insya-Allah akan lebih disukai oleh suami dan anak anda berbanding dengan makanan dari kedai. Ini diakui sendiri oleh suami saya dan juga Prof Siddiq Baba dalam slot Keluarga Sakinah di Radio IKIM.
3. Mungkin pada hari bekerja disebabkan sudah letih, anda masaklah lauk pauk yang ringkas-ringkas. Tapi ingat, masak dengan senyuman dan bukan dengan rungutan. Jangan lupa bismillah dan selawat ke atas Nabi. Bagi saya, untuk hari bekerja saya akan memasak masakan yang ringkas tetapi digemari oleh anak-anak dan suami seperti masak paprik, tomyam, ikan bawal masam manis, ikan goreng, tauhu goreng, telur dadar, telur masin, ikan singgang, sayur brokoli atau cauliflower. Kalau tak sempat masak sayur pun, pastikan ada ulaman seperti timun, kacang botol. Biasanya saya akan siap memasak dalam masa 30-45 minit sahaja. Perancangan amat penting semasa memasak, contohnya, pastikan memasak nasi terlebih dahulu. Sementara menunggu nasi masak, boleh jerang telur masin atau goreng telur dadar dalam masa itu boleh siang ikan, sotong, udang atau ayam untuk masakan paprik, tomyam atau menggoreng ikan. Sebenarnya ianya begitu mudah! Kalau nak ikutkan memanglah letih sebab baru balik kerja tapi perasaan letih tu kita lawan, Insya-Allah hasilnya berbaloi...:)
4. Untuk hari minggu, anda rancanglah untuk memasak sesuatu yang lebih istimewa dan jika boleh buatlah kuih-muih untuk keluarga anda. Untuk diri saya, saya akan mencuba memasak kuih muih yang disukai oleh suami dan anak-anak saya. Pada hari minggu juga saya akan membuat muffin untuk dibawa bekal untuk Aqilah ke rumah pengasuh dan muffin ini juga boleh dijadikan makanan sampingan untuk mereka ketika mereka lapar. Untuk kuih pula, kadang-kadang saya membuat roti, pau dan juga kuih seri muka (kegemaran Aiman).
5. Jika anda tidak tahu memasak, itu bukanlah alasan kerana pada zaman ini, segla macam resepi boleh didapati daripada internet. Untuk pengetahuan anda juga, banyak resepi yang telah saya cuba, saya dapati daripada internet dan Alhamdulillah semuanya menjadi.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu, mulakanlah memasak untuk keluarga anda!!Kebaikannya untuk diri anda amatlah banyak, percayalah!!!
p/s : Kenangan anda memasak untuk anak-anak akan dikenang oleh mereka sampai besar dan ianya pastinya satu kenangan manis untuk mereka bersama anda. Kalau tidak percaya tentu anda akan terkenangkan ibu anda semasa memakan apa-apa kuih yang biasa dibuat oleh ibu anda semasa kecil, betul tak?Kenangan manis ini akan mengekalkan rasa kasih sayang yang terjalin di antara anda dan anak-anak anda, bagus bukan...:)...

SEKIAN.
No comments:
Post a Comment