Wednesday, August 21, 2013

Hukum Menziarahi Kubur pada Hari Raya

Assalamualaikum.. 

Hari ni, takde la nk update cerite pasal raya aku dan keluarge, cume nak berkongsi cerita mengenai cerita menziarahi kubur pada hari raya aidilfitri terutama pada raya pertama.

Sejak , dua tiga menjak (da berapa banyak menjak da) aku dikusuti dgn istilah "haram" klu kite menziarahi kubur pada hari raya pertama.

Katenye, bulan ramadhan roh2 akan pulang ke rumah.. aku tak pandai pon bab2 ni, tp bile isu ni membelenggu kat otak aku, aku gune google... ni sebiji blog yg aku terjumpe.. .http://taotauajer.blogspot.com/2013/07/pembongkaran-benarkah-roh-akan-pulang.html ade lg, tp korang bole search sendiri..

Sekarang bebalik pd tajuk utama kite..Hukum Menziarahi Kubur pada Hari Raya.

isunye sekarang, bukan haram tp tidak digalakkan..sebab raya pertama adalah hari bergembira sebab meraikan sebulan berpuasa. Sebaiknye, menziarahi sanak saudara , kawan2 ataupon jiran2.

ni aku copy n paste...
HUKUM MENZIARAHI KUBUR PADA HARI RAYA

Disebabkan Hari Raya adalah hari untuk bergembira, maka sepatutnya kita memanfaatkan hari tersebut untuk memakismumkan penzahiran kegembiraan. Ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi sanak -saudara dan rakan- taulan adalah antara perkara yang amat dituntut. Begitu juga dengan mengembirkan anak-anak kecil dengan memberikan duit raya sekadar yang mampu dan sekudrat yang terdaya.

Atas dasar menghormati ‘zon gembira' dan 'wilayah bersuka ria’ maka menziarahi kubur pada Hari Raya adalah tidak digalakkan. Ini kerana ia akan mendatangkan kesedihan. Bimbang dan risau, takut-takut kesedihan dan dukacita akan megambil alih dan menganti perasaan gembira dan suka ria pada hari yang mulia.

Dan, andainya ingin juga menziarahi kubur pada hari raya, maka jangan sesekali menyandarkan amalan tersebut dengan perbuatan Nabi S.A.W. Maksudnya jangan beranggapan, itu adalah perbuatan sunat, ini kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat. Amat besar dosanya andainya kita berdusta atas nama Nabi.

Boleh juga jika ditangguhkan amalan menziarahi kubur itu kepada hari-hari lain seperti pada pada hari raya yang ketiga atau keempat, agar dengan ini kita dapat memanfaatkan hari raya pertama dan kedua untuk bergembira. Jangan jadikan Satu Syawal sebagai mangsa budaya dan kebiasaan, beranilah untuk menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. Apatah lagi kelaziman dan kebiasaan tersebut tidak bersendikan dalil-dalil agama.

Ape2 hal pon bole jenguk link kat sini.

http://ramadhankent.blogspot.com/2008/09/tazkirah-28-hukum-ziarah-kubur-pagi.html

http://www.bicaradariaku.com/2012/08/hukum-menziarahi-kubur-pada-hari-raya.html

wallahualam

SEKIAN