Mengandung di bulan Ramadhan? bole ke puase?
klu puase tak menjejaskan kesihatan diri terutama baby dalam perut ke?
adakah pertumbuhan baby akn terbantut klu ibu mnegandung berpuase?
MACAM MANE NI ?
berikut adlh bbrp sumber yg dpt aku bantu..
Saat Sahur
- Ketika sahur, pilih makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah cukup. Kedua jenis zat gizi ini dapat bertahan lebih lama di pencernaan sehingga memperlambat rasa lapar di siang hari. Sebaiknya ibu hamil banyak mengkonsumsi daging. Daging adalah makanan yang mengandung kalori dan protein sangat tinggi yang bisa disimpan tubuh dalam waktu cukup lama.
- Upayakan juga makanan yang kaya
vitamin C dan mineral seng (zinc) untuk menjaga vitalitas tubuh.
- Jangan mengambil makanan manis saat sahur agar tubuh tidak lemas dan cepat merasa lapar akibat insulin shock.
- Sebaiknya hingga waktu sahur habis, usahakan minum air putih sebanyak-banyaknya. Jika boleh minum air putih selama sehari itu sebanyak dua liter. Dan ditambah dengan segelas susu hangat. Minum segelas susu setiap sahur bisa mengurangi ancaman anemia bagi ibu hamil.
Saat Berpuasa
- Jalani puasa dengan niat dan tekad yang bulat dan ikhlas agar hari-hari berpuasa terasa ringan dan membahagiakan walaupun sedang hamil.
- Cukup istirahat. Menyediakan lebih dari porsi istirehat sebelumnya.
- Mengurangkan aktiviti yang mengurangkan tenaga. Contohnya aktiviti di luar atau memikirkan perkaya yang berat-berat. Hindari stress dan jauhi sifat kmarahan.
- Segera batalkan puasa jika ibu hamil mengalami:
a.
Muntah-muntah lebih dari 3 kali yang dikhuatiri menyebabkan terjadinya dehidrasi.
b. Mengalami diare yang diikuti rasa mulas dan sembelit
c. Mimisan yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah pertanda kondisi tubuh sudah tidak stabil
d. Lemas, pusing diikuti dengan mata yang berkunang-kunang pertanda hipoglikemia dikhawatirkan janin mengalami kekurangan gizi.
e. Mengalami keringat berlebih khususnya keringat dingin pertanda bahwa tubuh bahwa kondisi fisik ibu hamil sudah tidak kuat lagi untuk berpuasa
Saat Berbuka
- memulakan berbuka dengan minuman hangat dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah, tetapi ibu hamil juga harus tetap membatasi makanan dan minuman yang manis. Hindari minuman sejuk kerana dapat menurunkan kerja lambung.
- Kemudian ibu hamil dapat melanjutkan dengan memakan makanan yang mengandung karbohidrat simpleks sehingga lebih mudah diserap tubuh, seperti kolak atau kurma.
- Setelah solat magrib, makanlah dengan porsi lebih besar, tapi jangan gelojoh. Makan dalam jumlah besar bisa membuat tubuh Anda lemas. Kerana itu, makan secukupnya saja. Sehabis solat tarawih, usahakan untuk makan walau hanya sedikit.
- Sebelum
tidur, untuk memproses produksi ASI, cubalah makan makanan ringan dengan minuman hangat.
_____________________________________________________________
Pertama , adakah ibu hamil itu mengalami kekurangan darah dalam badan atau kita kenali sebagai anemia.
Keadaan ibu mengandung yang mengalami anemia boleh membahayakan kesihatan jika ia berpuasa.
Kekurangan darah serta hemoglobin boleh menyebabkan ibu hamil itu pucat, lemah, kesesakkan nafas dan tidak bertenaga dan lebih teruk lagi ia boleh membawa pitam.
Oleh itu, sebelum berpuasa wanita mengandung itu perlu berbincang dengan doktor kesihatan keluarga mengenai kekurangan darah dalam badan mereka.
Kedua, jika ibu mengandung mengidap diabetes atau kencing manis ia juga boleh membawa kemudaratan ketika berpuasa.
Dalam tempoh berpuasa selama 12jam, gula dalam darah menjadi tidak stabil.
Disebabkan ibu mengandung mengidap diabetes ia memerlukan insulin supaya kandungan gula dalam badannya stabil.
Tetapi dalam tempoh berpuasa yang panjang, suntikan insulin ini boleh membawa keadaan hypoglysemia atau kekurangan gula dalam darah.
Antara simptom hypoglysemia ini adalah mengeletar, berpeluh dan terasa lapar yang amat sangat.
Jadi untuk wanita mengandung dan mahu berpuasa, sila perhatikan simptom-simptom yang saya nyatakan diatas.
Jika terjadi keadaan sedemikian, wajib berbuka kerana kalau tidak berbuka ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Tips ibu mengandung ketika berpuasa:
1) Jangan 'miss' untuk bersahur
2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang tinggi ketika berbuka dan bersahur.
3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.
4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa, segera berbuka dan terus bawa ke klinik.
5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi kafein seperti coffee dan coke/pepsi.
6) Perbanyakkan berehat dan mengaji Al-Quran
____________________________________________________________
Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?
Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
- Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
- Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.
Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
- Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
- Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
- Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?
Hubungi doktor anda jika:
- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui. Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
- Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
- Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
- Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
- Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
No comments:
Post a Comment